Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Thursday, 29 August 2013

Pelakon-pelakon utama 

1.            Opah Jenab (Anak sulung Opah)         Fadilah Mansor
i.              Hawa (Anak Sulung Jenab)                  Sharifah Nadia
ii.             Hasrul (Suami Hawa)                            Che Nazrol Che Daud
                a. Haiqal                                                  Adi Mifzal (Dodi)
                b. Aspa                                                    Nina Emelyn
                c. Asraff                                                   Muhamad Ilyas
iii.            Siti (Anak Kedua Jenab)                        Anne  Ngasri
iv.           Azman (Suami Siti)                                 Zizan Nin
               a. Zahara                                                  Intan Noraziean
               b. Amirul                                                  Aliff Ikmal
v.            Zura (Anak Ketiga Jenab)                      Finie Don
vi.           Lina (Anak Keempat Jenab)                  Nani Akasia
        
2.            Osman (Anak Kedua Opah)                  Shaharuddin Thamby
               Nenny/Timah (Isteri Osman)               Aida Khalida
i.              Khaty (Anak Sulung Osman)               Siti Elizad
ii.             Ikhwan (Suami Khaty)                          Hadi Tahir
               a. Safiah (Anak Khaty/Cucu Osman   Puteri Shasa
iii.            Bob (Anak Bongsu Osman)                  Aman Naseem                 

3.            Alang Yasin (Anak Ketiga Opah)          Hairie Othman

4.            Sefol (Adik Angkat Alang Yasin)           Sofian PK
5.            Joyah                                                        Norlia Ghani

6.            Milah (Anak Joyah)                                Sherry/Sharifah Mariam
7.            Kamin                                                       Hafiz Afiah

8.          Jiman                                                          Adam Shah
9.          Acai                                                           Jay Iswazir

10.          Choy                                                          Adam Aliff
11.          Pa’an                                                         Fido (Abdullah Zainol)

Monday, 26 August 2013

"Kami Langsung Tak Cipta Apa- Apa Kontroversi" - Zizan Nin

25 Aug 2013, 01:25am   |     |    
 
Pelakon dan pengacara, Zizan Nin menjelaskan isu yang timbul gara-gara penangguhan tayangan filem terbaru lakonannya, 'Tanda Putera' merupakan tuduhan dan lemparan daripada orang yang belum lagi menyaksikan filem tersebut.

"Filem 'Tanda Putera' ini ceritanya berkisarkan sejarah. Apabila sudah ditonton, sebenarnya tak ada apa-apa pun. Cuma isu itu timbul akibat tuduhan dan lemparan yang diberikan oleh orang lain tanpa melihat filem ini terlebih dahulu. Kami barisan pelakon dan tenaga produksi langsung tak cipta apa-apa kontroversi. Saya juga amat bersyukur akhirnya filem ini diluluskan untuk tayangan," jelas Zizan ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Tanda Putera di The Gardens, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai cabaran yang ditempuhinya sepanjang menjayakan filem ini, Zizan memberitahu yang proses persiapan filem ini agak besar.

"Cabaran memang banyak, apa-apa projek sekalipun ada cabarannya tersendiri. Tetapi ini merupakan projek filem, jadi proses persiapannya agak besar. Kami melalui proses latihan lakonan selama tiga bulan, jadi sepanjang waktu tersebut, saya asingkan diri dari dunia luar. Pihak produksi memberikan latihan yang menakjubkan. Seawal 10 pagi latihan sudah bermula. Kadang-kadang berlarutan sehingga ke jam 2.00 pagi," cerita hero drama bersiri 'Ku Milikmu' ini.

Dalam perkembangan lain, Zizan telah mula menjinakkan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir iaitu selaku Penerbit Eksekutif. Zizan telah terlibat dalam pembikinan drama bersiri 'Fatamorgana' untuk siaran RTM. Ujar Zizan, minat sebenarnya lebih kepada bidang penulisan. Selain bergiat sebagai Penerbit Eksekutif untuk drama 'Fatamorgana', cerita asal drama itu adalah daripada Zizan sendiri. Selepas ini, Zizan ada perancangan untuk menghadiri bengkel penulisan dan sebagainya untuk memperkemaskan lagi kebolehannya.

Zizan juga bakal muncul dalam drama bersiri 'Opah' untuk siaran RTM dan drama 'Strawberi & Karipap' menerusi siaran Astro Warna.

sumber: www.gua.com

Norlia ingat jasa Opah

Suatu ketika, biarpun diperkenalkan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi sebuah filem, nama Norlia Ghani masih gagal memikat peminat.

Entah kenapa tuah tidak bersamanya ketika itu dan tanpa berputus asa dia kemudiannya beralih arah dengan menjayakan drama radio bergenre komedi terbitan RTM.


Usahanya sekali lagi tidak menjadi apabila mengalami nasib serupa. Bagaimanapun Norlia terus mencuba untuk menggilap namanya dan kemudiannya menerima tawaran melakonkan watak Joyah dalam drama bersiri popular Opah pada 1980-an.

Ternyata pilihan itu berhasil apabila watak wanita yang suka menjaga tepi kain orang ini begitu digemari ramai dan menjadi antara tarikan penonton. Bermula dari situlah langkahnya dalam dunia seni semakin berkembang luas.

“Drama Opah benar-benar berjasa kepada saya. Bayangkan siri drama yang panjang ini membuatkan saya mempunyai pengikut tersendiri. Apabila disiarkan semula pun masih ramai yang nak tengok. Sebagai pelakon, bagi saya ini satu kejayaan membanggakan,” katanya ketika pelancaran musim baru Opah yang diterbitkan RTM.

Drama berjudul Opah (Hadirmu Satu Anugerah) sebanyak 20 episod ini diarahkan Zamani Ibrahim. Ia menampilkan Fadilah Mansor, Shaharudin Tambi, Norlia Ghani, Zizan Nin, Anne Ngasri, Hairie Othman, Aida Khalida dan ramai lagi. Boleh dikatakan Opah berwajah baru ini menampilkan 90 peratus wajah baru dan hanya Norlia dikekalkan.

Mengulas perkara ini, Norlia, 65, berkata pada peringkat awal dia sebenar­nya tidak tahu mengenai perkara ini. Bagaimanapun dia menghormati keputusan yang dibuat RTM kerana mereka ada sebab tersendiri menentukan pelakon yang sesuai untuk membintangi drama ini.

“Apabila dengar kata Opah nak dibuat semula, saya memang berharap dipilih berlakon. Seperti yang saya kata, Opah adalah sumber rezeki dari dulu sampai sekarang. Saya pun mulanya ingat pelakon dulu akan dipanggil semula, tapi rupa-rupanya tidak kerana hanya saya saja yang kekal.

“Sekarang Joyah dilihat sebagai penyeri drama ini. Pergi ke mana-mana pun orang masih tetap panggil nama saya sebagai Joyah,” katanya.

Menurutnya, dia juga rasa janggal berlakon kerana suasananya berbeza berbanding dulu. Kalau dulu bahasa yang digunakan lebih kepada loghat daerah Perak tapi sekarang sudah ditetap­kan dalam bahasa ‘standard’. Hubungan dengan pelakon lain kurang rapat berbanding dulu kerana masing-masing ada komitmen lain sekiranya tidak terbabit dengan penggambaran.

“Dulu hanya ada satu-satunya stesen RTM jadi semua pelakon akan berkumpul sama-sama. Di sinilah kami dapat baca skrip sambil berbincang bersama-sama.

Seronoknya sukar digambarkan. Lokasi penggambaran banyak dibuat di Teluk Intan berbanding sekarang di Batu Kurau,” katanya yang mengakui merindukan suasana lalu.

Opah musim baru akan mula menemui penonton menerusi TV1 setiap Rabu bermula pada 28 Ogos ini, jam 9 malam. Kali ini paparan ceritanya mengisahkan kehidupan anak-anak Opah Kalsom (Allahyarham Zaiton Hussein) dan cucu-cucunya selepas 10 tahun dia meninggal dunia. Kali ini fokus ceritanya bertumpu kepada Jenab, anak sulung Opah dan anak-anaknya.

Dia yang kini bergelar Opah adalah ibu tunggal dan menetap di rumah peninggalan Opah Kalsom. Jenab tinggal bersama adiknya Alang Yasin yang masih belum berkahwin. Anaknya Siti dan suami serta anak-anaknya Zahara dan Amirul turut tinggal di situ. Tiga lagi anak Jenab ialah Hawa, Zura dan Lina.

“Berbanding dulu, cerita sekarang lebih ‘advance’ di mana anak-anak Jenab sudah membesar dan ada bisnes sendiri. Apa yang diperlihatkan adalah kemajuan generasi keluarga Opah Kalsom. Unsur-unsur kekeluargaan tetap ada kerana ia inti pati drama ini sejak dulu. Opah yang ini juga ada petua seperti mana Opah Kalsom,” katanya.

Sementara itu, Zamani mengakui menggalas tanggungjawab berat apabila diminta menerbit dan mengarahkan drama ini. Apatah lagi Opah satu nama besar dan diminati ramai satu ketika dulu.

“Saya antara pengikut siri ini ketika membesar dulu. Jadi apa yang dihasilkan sekarang memang diikut dari yang lama. Bahkan saya juga tengok siri drama ini yang ditayangkan kembali sebagai panduan. Skripnya masih ditulis oleh penulis asal iaitu A Wahid Nasir cuma saya olahkan sedikit sebanyak bagi disesuaikan dengan keadaan sekarang.

“Tak dinafikan mula­nya saya takut juga. Tapi drama ini pun diterbitkan atas desakan peminat juga yang rindukan drama Opah. Kalau kita lihat sekarang, drama yang ada hanya tampilkan isu cinta dan tiada yang membentuk masyarakat. Inilah pentingnya drama seperti Opah dihasilkan semula.

“Sebelum buat Opah bersiri, saya hasilkan telefilem Opah berjudul Silap Menghitung dan apabila ditayangkan mendapat ‘rating’ tinggi daripada penonton. Ini berikan keyakinan yang siri ini pasti akan mendapat sambutan baik juga,” katanya.
 
Ihsan Harian Metro

'Joyah' muncul kembali dalam Opah?



TERAJU utama filem Opah musim terbaru, Hairi Othman dan Sharifah Nadia.



PENEKANAN kepada nilai-nilai masyarakat merupakan kekuatan kepada drama bersiri Opah yang pernah menjadi kegemaran penonton Radio Televisyen Malaysia RTM TV1 pada awal 80-an.

Bagaimanapun perginya pelakon utama drama itu, Allahyarham Zaiton Hussien yang melakonkan watak Opah pada ketika itu menyebabkan drama bersiri ini terpaksa dihentikan pada awal tahun 2000.

Jalinan yang kuat antara watak Opah yang terkenal 80-an ini dengan penonton menyebabkan timbul kesukaran buat pihak RTM untuk meneruskan drama bersiri ini dengan watak baru pada ketika itu.

Bagaimanapun selepas 12 tahun, Opah kini kembali dengan nafas baru. Dan bagi meneruskan drama berbentuk kekeluargaan ini tentunya ada kelainan yang diberikan Opah untuk musim terbarunya.
ARKIB : 30/04/2011

Norlia senang ditemani cucu

NENEK kepada lima cucu ini lebih senang tinggal di rumah melayani kerenah cucu-cucunya jika tidak mempunyai aktiviti seni.

KALAU tidak ada penggambaran drama, telemovie atau filem, pelakon Norlia Ghani lebih suka tinggal di rumah. Pelakon berusia 63 tahun ini melakukan pelbagai aktiviti terutama melayani dua cucu kesayangannya, Erisya, 6, dan Eryana, 4.

Menurut Norlia yang mula berlakon pada usia 17 tahun, rumah ibarat syurganya selepas penat berlakon di lokasi produksi penggambaran.

“Saya jenis yang tidak suka keluar rumah. Di rumah, macam-macam perkara saya lakukan seperti menanam pokok bunga. Kalau dulu sewaktu di rumah pangsa di Keramat Jaya, Kuala Lumpur saya tidak boleh melakukan aktiviti itu.

“Selama 13 tahun tinggal di rumah flat, barulah sekarang saya berasa lebih selesa termasuklah cucu-cucu saya yang mudah untuk bermain,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Anak kelahiran Klang, Selangor ini berkata, dia berpindah ke rumah baru itu bulan lalu bagi melupakan peristiwa hitam di rumah lamanya.

Pada 27 September 2009, anak ketiganya, Edi Rizal terjatuh dari rumah pangsa yang didiaminya hingga maut.

Katanya yang berlakon dalam filem Pancha Delima pada 1968, dia cuba melupakan peristiwa hitam itu dengan berpindah ke rumah baru tersebut.

“Paling saya risaukan ialah dua cucu saya itu yang rasanya lebih selamat tinggal di rumah teres seperti sekarang ini sewaktu saya tiada di rumah,” ujarnya.

Dia yang telah 13 tahun menjanda selepas tiga perkahwinannya gagal berkata, biarpun sudah 46 tahun berlakon tetapi ia sebati dengannya.

Jelas ibu kepada lima anak dan lima cucu ini, bidang lakonan bukan sahaja mata pencariannya selama ini.

Malah, ia juga merupakan bidang yang sukar untuk dilupakan berbanding bidang nyanyian yang turut pernah diceburinya selama ini.

“Sewaktu di rumah saya suka menonton drama dan filem tempatan di TV. Daripada situlah saya mengikuti perkembangan bidang ini,” jelasnya.

Pelakon yang sinonim dengan watak komedi ini pernah merakamkan album antaranya Relaks bersama Hamid Gurkha.

Norlia sering mengimbau kenangannya sepanjang bergelar pelakon selepas menyertai pertandingan Ratu Kebaya pada 1968.

Ujar Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2002 ini, drama Opah paling sukar dilupakannya. Tambahnya, watak Joyah yang dilakonkannya menerusi drama yang disiarkan di RTM pada tahun 1980-an itu diingati ramai hingga kini. “Sampai sekarang masih ada yang panggil saya Joyah. Mula-mula saya rasa malu juga dengan nama itu. “Itu adalah drama bersiri terpanjang pernah saya lakonkan iaitu selama hampir 18 tahun sehingga saya pun lupa jumlah episodnya,” katanya.
Dia kini sedang berehat seketika selepas tamat menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Rojak arahan Jebat Jins Shamsudin.

Saturday, 24 August 2013

Drama Opah generasi baru

Oleh Farihad Shalla Mahmud Cetak
gambar sebelum  gambar berikut
Foto 
 Barisan pelakon drama bersiri Opah generasi baru.
DRAMA bersiri popular, Opah, kembali menemui peminat selepas dihentikan siarannya 12 tahun lalu. Bezanya, Opah musim baru mengangkat generasi kedua iaitu anak sulung Opah, Jenab, sebagai tunjang utama dan wataknya nanti lebih moden serta terbuka, bersesuaian dengan situasi masa kini.

Pengarahnya, Zamani Ibrahim, berkata walaupun berbeza, namun drama rantaian ini masih mengekalkan tema dan inti pati asalnya iaitu mengetengahkan isu kemasyarakatan serta mesej kekeluargaan yang cukup kuat, seperti yang pernah disaksikan menerusi drama asal, yang bersiaran selama hampir dua dekad itu.
“Dalam drama ini, walaupun Jenab digambarkan sebagai bidan berusia 60 tahun, tidak berpendidikan tinggi, tapi dia mempunyai wawasan dan semangat keusahawanan untuk dikongsikan bersama anggota keluarga serta penduduk kampung. Dia bersama adiknya, Alang Yassin, mengusahakan pertanian herba untuk dijual, di samping kegunaan sendiri.

“Opah musim baru ini nanti akan lebih terbuka dan moden berbanding apa yang pernah ditayangkan dua dekad lalu menerusi watak dan perwatakan serta isu yang diketengahkan,” kata Zamani ketika ditemui pada majlis ramah mesra drama Opah musim baru di Shah Alam, petang semalam.

Hadir sama memeriahkan majlis itu ialah barisan pelakon yang terdiri daripada Fadilah Mansor, Hairie Othman, Saharudin Thamby, Sharifah Nadia, Zizan Nin dan ramai lagi.

Kata Zamani, dia turut bercadang mengundang seorang pelakon asal Opah untuk membintangi drama arahannya itu.
 
“Kami bercadang untuk mengundang Norlia Ghani, yang membawakan watak Joyah dalam drama asal. Sekurang-kurangnya watak itu nanti dapat membangkitkan nostalgia kepada penggemar setia drama ini. Begitupun, perkara ini masih dalam perbincangan memandangkan jadual Norlia cukup padat.

“Apapun, harapan kami dia dapat juga membawakan watak itu kerana dalam drama ini, ada babak imbas kembali yang akan mengimbau kenangan penonton pada drama asal,” kata pengarah daripada Unit Drama TV, RTM ini.

Bakal memulakan penggambaran pertengahan bulan ini, lokasi yang terpilih ialah Kuala Lumpur dan Perak.

Sementara itu, pemegang watak Jenab, Fazilah, berkata bukan mudah untuk memegang watak Opah kerana karakter itu cukup ikonik dan dekat di hati penggemar setianya.

“Apabila ditawarkan untuk membawakan watak itu, tidak dinafikan saya memang teruja. Namun pada masa sama, perasaan gementar dan bimbang itu tetap wujud kerana Opah ialah watak yang cukup besar. Mujurlah saya hanya membawakan watak sebagai Jenab, iaitu generasi kedua kepada Opah.

“Bagaimanapun, saya tetap perlu membuat persiapan sebaiknya memandangkan dalam drama ini, saya dikehendaki bertutur dalam bahasa Perak, sedangkan saya orang Negeri Sembilan. Mujurlah saya pernah bertutur dalam loghat itu sebelum ini, jadi tak adalah masalah sangat,” katanya.

Drama bersiri 13 episod ini dijangka menemui penonton September depan. 
 
Sumber: Berita Harian

Drama Opah Musim Baru Lakonan Zizan Nin


Dulu-dulu masa di zaman kanak-kanak, Budiey memang selalu tonton drama bersiri Opah di tv RTM. Maklumlah, masa tu, TV kita tak banyak siaran. Tak macam sekarang. Zaman moden sekarang ni, banyak sangat stesen TV dan saluran TV. Kadang-kadang konfius dan keliru tak tahu mana satu yang nak ditonton. Budiey suka drama bersiri Opah ni sebab drama ni mengajar kita erti hubungan kekeluargaan yang erat dan betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam mendidik kanak-kanak. Budiey kira, drama Opah ini perlu diteruskan kerana sekurang-kurangnya, masyarakat kita kena tahu betapa pentingnya menjaga seorang ibu. Ye lah, kata orang, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
 
Budiey mendapat tahu, drama bersiri Opah musim baru akan mulai dilancarkan pada minggu hadapan. Kali ini dengan kisah yang lebih dramatik dan penuh emosi seorang ibu bernama Jenab. Drama arahan Mohd Zaman Ibrahim ini dibintangi oleh Fadhilah Mansor, Shaharudin Tambi, Norlia Ghani, Zizan Nin, Anne Ngasri, Hairie Othman, Aida Khalida, Sharifah Nadia dan ramai lagi.

Opah merupakan sebuah drama melayu bersiri popular terbitan Unit Drama RTM dan kini meneruskan kesinambungan generasi kedua keluarga Opah yang lebih moden. Mengisahkan Jenab, 66 tahun anak sulung Opah yang tidak berpelajaran tinggi, namun berusaha keras dalam bidang perubatan tradisional serta pertanian herba dengan cara moden.

Pada 20 Ogos ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Sesi Pra Tonton dan Pelancaran Drama Opah yang akan diadakan di Wisma TV, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Bagi anda yang menjadi penonton setia drama ini, jangan lupa tonton, okay!

Apa pendapat anda tentang drama ini?

Friday, 23 August 2013

Leftenan Adnan sebagai Alang Yasin



Rabu November 29, 2006 

Drama kita tak sedramatik drama luar. Saya membaca dengan penuh minat kolum Kakak Tua tentang isu Bawang Putih Bawang Merah. Kegilaan rakyat Malaysia menonton siri tersebut memang tidak dapat dirasionalkan kerana apabila diolah, memang tidak ada logiknya siri yang mempunyai lebih 100 episod ini.
Selalunya siri-siri begitu memang menarik perhatian ramai, seperti juga siri Yo Soi Betty La Fea, Isaura dan Oshin yang ditayangkan beberapa tahun dahulu. Di dalam setiap drama tersebut memang watak-watak jahat dan baik didefinisikan dengan jelas dan nyata.

Bukan sahaja Bawang Putih Bawang Merah, banyak lagi drama telenovela yang diimport dari luar yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia menjadi pengikut setia seperti Hikmah, Dia, Malim Kundang dan banyak lagi.

Mungkin inilah formula yang perlu diadaptasi oleh pembikin-pembikin drama di Malaysia untuk menandingi kekuatan telenovela-telenovela tersebut.

Saya amat hairan mengapa drama bersiri di Malaysia ini kurang mendapat sambutan. Seingat saya, drama bersiri tempatan yang menjadi ikutan ramai dahulu adalah Opah.

Jika ada pun yang lain, impaknya tidak begitu mendalam kerana memori ini tidak dapat mengingati langsung jodol drama-drama yang lain.

Hairan sungguh kerana mungkinkah pelakon-pelakon tempatan kita tidak cukup jelita atau tampan dan berbakat untuk menarik minat penonton?

Jika hendak dibandingkan tentang jalan cerita yang lemah, cerita-cerita seperti Bawang Putih Bawang merah itu lagi mengarut tetapi penonton mendapat kepuasan.

Lalu di mana sebenarnya kelemahan drama-drama kita? Dengan batas-batas yang ada, drama kita perlu sedramatik drama-drama dari luar. Atau mungkin rakyat Malaysia lebih gemar mendengar dan membaca cerita di belakang tabir tentang pelakon-pelakon ini dan bukan menonton mereka di kaca televisyen?

Mungkin yang lebih tepat ialah orang kita lebih suka mengagungkan barangan import kerana tidak yakin dengan produk sendiri.