Aktiviti Semasa


Terkini


Menyediakan segala kelengkapan, persiapan, dan segala-galanya untuk kemunculan drama bersiri Opah 2013...


dan juga... bersiap sedia untuk penggambaran telefilem khas 'Hanya Satu Malam'... tengah menunggu kata putus dari artis yang akan terlibat bersama... InsyaAllah



Friday, 21 December 2012

Erna Shuraya...

video


Pembuka Tirai 2013... 1 Januari 2013 (Selasa malam) 10.00 malam...

Thursday, 20 December 2012

Monday, 17 December 2012

Barisan Artis Erna Shuraya

Tasha Shiela
Shakilla Koriri
Shukri Mahari
Sharin Bali
Normakalina iskandar

Selamat menonton kisah gadis penjual cinta dalam... "Erna Shuraya" TV2 jam 10:00 malam 1 Januari 2013... Sempena Tahun Baharu


Erna Shuraya sebuah telefilem kombinasi penerbitan dua negara iaitu RTM dan RTB. Pelakon dibarisi oleh artis handalan Malaysia dan juga Brunei sperti Tasha Shiela dan Shakilla Khoriri dari Malaysia, manakala Shukri Mahari, Normakalina Iskandar dan Sharin Bali dari Brunei. Lain-lain artis seperti Amran Ismail (Malaysia), Munir Japar, Aisyah Sidek dan Rosman Hassan dari Brunei. Penggambaran mengambil masa 16 hari; 8 hari di Malaysia dan 8 hari di Brunei.

Pratonton pertama telah diadakan di RTB/ Brunei pada 03 Disember 2012 baru-baru ini dan mendapat reaksi positif daripada hadirin termasuk Bahagian Pernapisan RTB/Brunei. Impak daripada pratonton tersebut dicadangkan agar telefilem "Erna Shuraya" di sambung ke bahagian 2 ataupun diadakan 'prequal'.

Di Malaysia pratonton akan diadakan pada 18 Disember 2012 (Selasa) pada pukul 2.00 petang di Wisma TV.

Wednesday, 31 October 2012

some said...learning english make your life broader...can i said like that...

Friday, 12 October 2012

Antara wajah-wajah Shuraya


Shuraya datang dalam bayangan Laila... lunak suara manja penuh jerangkap... lupa mangsa tidak pernah... buat teruna hilang ingau memanjang...






Shuraya... Shakilla Koriri


Thursday, 11 October 2012

Barisan utama Erna Shuraya...






Dari kiri Lina/Brunei (sebagai Marni), Shukri/Brunei (sebagai Hasrul), Tasha Shila/M'sia (sebagai Erna), Shakila/M'sia (sebagai Shuraya) dan Shahrin/Brunei (sebagai Jalil)...

...kau sudah gila ke? jangan sampai terjerat leher sendiri... aku tidak mahu rugi...bila masa kau pentingkan untung rugi...atau sebenarnya cinta...tidak ini bisness...ini bisness...


Sekumit Rasa:

Apa yang paling kutakuti, apa yang kuvisualkan tidak indah jauh menyimpang dari makna dan maksud skrip. Juga kutakuti jalan-jalan ceritanya, pembinaan, pembentukkan watak dan segalanya tidak sampai... atau apa yang dikatakan pengarah gagal menyakinkan penonton apa yang diutarakan. Wujudnya hanya seperti hujan melalui dialog-dialog kosong tanpa sokongan latar yang kemas.

Kali ini tidak seperti sebelumnya, aku pengarah mempunyai kuasa veto dan perancang utama pada setiap babak-babak yang dipersembah. Kali ini apa yang mampu kulakukan ialah mempergunakan sebaik apa yang disediakan dan kebanyakkannya jauh dari apa yang kubayangkan. Puas hati, rasanya terlampau jauh, tapi yang paling penting cetusan-cetusan idea mesti diterjemah segera. Masa tidak pernah menunggu. Apa lagi, buatlah apa yang terlintas...Nak salahkan siapa...pengarah tidak boleh menyalahkan sesiapa. Dari mana datangnya salah beliaulah yang berdosa... Dari sudut hujung mana sekalipun, walaupun disebabkan lampu tidak menyala atau trafik sesak... Yang salah tetap pengarah...


TERIMA KASIH... walaupun segala terbatas, semua bersungguh-sungguh... untuk mengrealisasikan dan menghasilkan yang terbaik.


Taniah... dan maafkan kami...

Wednesday, 10 October 2012

Pada hari terakhir penggambaran Erna Shuraya...






Siapa kata kami tak gembira...



Terima-kasih, semua yang terlibat secara langsung atau belakang takbir... sehinggakan Erna Shuraya dapat direalisasikan...



Monday, 27 August 2012


...AKAN BERMULA OPAH GENERASI BAHARU JUGA DI TV1