Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Tuesday 19 November 2013

PROJEK TERBAHARU: sebuah telefilem khas untuk Hari Pekerja

Telefilem "secawan kopi, sebungkus roti" skrip ditulis oleh FAIZAL DZASRIK penulis novel ALTER EGO.
 
Secawan Kopi Sebungkus Roti mengisahkan keterujaan seorang ibu muda dan seorang lelaki bergelar bapa mithali memburu kebahagian dunia. Memburu dari awal pagi hingga lewat malam, namun kebahagian ada harganya. Bahagia terlalu senang diungkap tetapi penuh muslihat dan sisi gelapnya berperangkap. 

Hashim inginkan kebahagian, dengan kedudukan boleh menyediakan segala keperluan dan keselesaan kepada anak-anak dan isterinya. Dari awal pagi hingga lewat malam. Dari satu kerja ke satu kerja. Beliau tekun. Mengabdikan dirinya pada kerja.

Maria terdesak dalam kehidupan moden yang memerlukan wang… bebanan bil-bil yang tertunggak mencabar kemampuannya. Mula-mula hanya untuk membantu si suami akhirnya ketagih dalam permainan duit. Maria nampak, kejayaan di hujung sana… beliau yakin segalanya boleh berubah dengan usaha. Bahagia akan terjelma sedikit masa lagi… dari hari ke hari Maria memburu.

Yana bahagia…bebas. Rumah tanpa orang tua yang mengikat pergerakkannya, bebas melakukan apa sahaja. Tiada mata-mata yang memandang apatah lagi lidah yang menegur…

Kerol juga memburu bahagia… masa-masanya dirakam bersama adiknya Shasa meniti hari, menghayati segala kehidupan…

Siapa sangka, bukan segala yang kita ingini dapat… bahagia, apakah ada bahagia di dunia fana ini.

...kisah dari sebuah kisah
 

No comments:

Post a Comment