Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Saturday 9 July 2011

Panggung RTM "Silap Menghitung"

..."Silap Menghitung" adalah sebuah telefilem yang mengambil pendekatan ...sebuah kisah atau penceritaan atas penceritaan. Ia dibina atas dua latar masyarakat iaitu bandar dan desa. Isu yang dibawa ialah masalah sosial yang diperwakilkan dalam watak Alia (dilakonkan oleh Melia Aimellia seorang pelakon muda yang sedang meningkat popular). Walaupun berbeza dari segi ekonomi,sosio, politikan (ekoposia),ideologi, falsafah dan sebagainya masyarakat bandar dan desa tetap berpegang atas dasar adat dan agama. Yang membezakan ialah entiti itu sendiri...bagaimana mereka dididik dan bagaimana mereka terasuh dalam latar ekoposia masing-masing...


  ...Alia mengambil keputusan nekad dan mempertaruhkan nyawanya...Alia menjadi mangsa manusia pada manusia yang menjadikan kelemahan orang lain sebagai permainan hidupnya...

Siaran:-

Tarikh:        31 Julai 2011 (Ahad)
Masa:         10.00 hingga 12.00 tgh mlm.
Rangkaian: TV2/RTM
Slot:           Sinema Ahad
Turut Menjayakan: Khamsah Abdullah (Opah), Shahronizam (Osman), Sharifah Nadia (Timah),
                             Shafinie Saedon (Khaty), Dodie (Bakar), Aliff (Borhan), Rozie Rashid (Jenab),
                             Kaza (Dollah), Liza Abdullah (Joyah), Badrul Munir (Tok Penghulu), Azhan Rani
                             (Alang Yassin), Afiq (Fazli/Aiman) dan ramai lagi

No comments:

Post a Comment