Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Monday 26 August 2013

'Joyah' muncul kembali dalam Opah?



TERAJU utama filem Opah musim terbaru, Hairi Othman dan Sharifah Nadia.



PENEKANAN kepada nilai-nilai masyarakat merupakan kekuatan kepada drama bersiri Opah yang pernah menjadi kegemaran penonton Radio Televisyen Malaysia RTM TV1 pada awal 80-an.

Bagaimanapun perginya pelakon utama drama itu, Allahyarham Zaiton Hussien yang melakonkan watak Opah pada ketika itu menyebabkan drama bersiri ini terpaksa dihentikan pada awal tahun 2000.

Jalinan yang kuat antara watak Opah yang terkenal 80-an ini dengan penonton menyebabkan timbul kesukaran buat pihak RTM untuk meneruskan drama bersiri ini dengan watak baru pada ketika itu.

Bagaimanapun selepas 12 tahun, Opah kini kembali dengan nafas baru. Dan bagi meneruskan drama berbentuk kekeluargaan ini tentunya ada kelainan yang diberikan Opah untuk musim terbarunya.

Drama bersiri terbaru ini akan diterajui generasi kedua opah, iaitu anak-anaknya yang pernah menjadi pendukung utama drama bersiri ini. Masih mengekalkan tajuk Opah, watak opah kali ini akan dipegang anak pertama keluarga tersebut iaitu Jenab yang akan dilakonkan Fadilah Mansor.

Menurut pengarahnya, Zamani Ibrahim, perancangan untuk meneruskan siri Opah ini mengambil masa selama dua tahun sebelum mereka semua bersedia untuk menerbitkan semula Opah dengan versi yang lebih berbeza.

"Kami masih mengekalkan nilai-nilai masyarakat yang menjadi tunjang utama drama Opah sejak dahulu lagi.

"Bagaimanapun, kami faham watak Opah yang pernah dimainkan pelakon Allahyarham Zaiton Hussien terlalu kuat di kalangan masyarakat pada ketika itu, dan disebabkan itu juga kami mengambil keputusan untuk meneruskan drama ini dengan kehadiran generasi kedua sahaja," katanya dalam majlis berkenalan bersama pelakon Opah musim baru di Shah Alam, baru-baru ini.

Bakal ditayangkan pada awal September tahun ini, drama yang akan disiarkan selama 13 episod ini bakal dimulakan dengan memperkenalkan watak-watak baru. Menurut Zamani juga di dalam memberi sedikit kekuatan kepada drama ini juga pihaknya kini sedang berusaha untuk mendapatkan semula pelakon asal drama Opah iaitu Norlia Ghani yang memegang watak sebagai Joyah.

"Pada musim pertama ini kami lebih menumpukan kepada pengenalan kepada setiap watak. Dan antara pelakon yang akan menjayakan drama bersiri opah musim terbaru ini adalah Hairie Othman, Shaharuddin Thamby , Aida Khalida dan Zizan Nin.

"Kami juga kini sedang berusaha untuk mendapatkan kembali Norlia Ghani yang suatu ketika dahulu pernah membawa watak Joyah, iaitu antara watak terkuat di dalam drama bersiri Opah dahulu," katanya.

Mendalami kembali relevannya drama bersiri ini diteruskan menurut Zamani, pihaknya mahu Opah pada musim baru ini berupaya menyampaikan pelbagai mesej terbaik di dalam membantu masyarakat kini menerapkan pelbagai nilai-nilai murni yang semakin dilupakan.

"Drama bersiri ini akan diteruskan dengan plot-plot yang penuh dengan mesej kehidupan terutamanya yang saling berkaitan dengan masyarakat di bandar dan desa.

"Dan saya sendiri percaya melalui usaha ini kami mampu menarik minat penonton dari pelbagai golongan di dalam memberikan hiburan dan pengajaran dalam waktu yang sama," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment