Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Friday, 23 August 2013



Rabu November 29, 2006 

Drama kita tak sedramatik drama luar. Saya membaca dengan penuh minat kolum Kakak Tua tentang isu Bawang Putih Bawang Merah. Kegilaan rakyat Malaysia menonton siri tersebut memang tidak dapat dirasionalkan kerana apabila diolah, memang tidak ada logiknya siri yang mempunyai lebih 100 episod ini.
Selalunya siri-siri begitu memang menarik perhatian ramai, seperti juga siri Yo Soi Betty La Fea, Isaura dan Oshin yang ditayangkan beberapa tahun dahulu. Di dalam setiap drama tersebut memang watak-watak jahat dan baik didefinisikan dengan jelas dan nyata.

Bukan sahaja Bawang Putih Bawang Merah, banyak lagi drama telenovela yang diimport dari luar yang berjaya menarik minat rakyat Malaysia menjadi pengikut setia seperti Hikmah, Dia, Malim Kundang dan banyak lagi.

Mungkin inilah formula yang perlu diadaptasi oleh pembikin-pembikin drama di Malaysia untuk menandingi kekuatan telenovela-telenovela tersebut.

Saya amat hairan mengapa drama bersiri di Malaysia ini kurang mendapat sambutan. Seingat saya, drama bersiri tempatan yang menjadi ikutan ramai dahulu adalah Opah.

Jika ada pun yang lain, impaknya tidak begitu mendalam kerana memori ini tidak dapat mengingati langsung jodol drama-drama yang lain.

Hairan sungguh kerana mungkinkah pelakon-pelakon tempatan kita tidak cukup jelita atau tampan dan berbakat untuk menarik minat penonton?

Jika hendak dibandingkan tentang jalan cerita yang lemah, cerita-cerita seperti Bawang Putih Bawang merah itu lagi mengarut tetapi penonton mendapat kepuasan.

Lalu di mana sebenarnya kelemahan drama-drama kita? Dengan batas-batas yang ada, drama kita perlu sedramatik drama-drama dari luar. Atau mungkin rakyat Malaysia lebih gemar mendengar dan membaca cerita di belakang tabir tentang pelakon-pelakon ini dan bukan menonton mereka di kaca televisyen?

Mungkin yang lebih tepat ialah orang kita lebih suka mengagungkan barangan import kerana tidak yakin dengan produk sendiri.

No comments:

Post a Comment