Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Thursday, 22 December 2011

Sinar Itu Hadir Jua..

Sinar Itu Hadir Jua sekarang berlokasi di Jerantut sehingga akhir tahun...
Ketika rancak melaksanakan program tiba-tiba disapa oleh seseorang yang agak kemas dan berketrampilan...bukan idea yang hendak dipersoalkan tetapi terlalu emosi pandangan...adakah segala-galanya akan selesai jika kita menggunakan keputusan yang terus atau straight to the point...katanya masalah orang sakit mental, penagih dadah dan seumpamanya tidak akan selesai dengan cara lembut...dengan cara bagi makan minum dan tempat perlindungan...ia hanya menambahkan beban dan menghabiskan duit yang dibayar oleh pembayar cukai...jalannya amat mudah iaitu padamkan semua manusia-manusia yang tidak bernasib baik ini...itulah yang paling berkesan...

apakah dosa mereka?...walaupun ia menjadi bebanan kita, itulah sebenarnya dugaan kepada kita supaya sentiasa bersyukur bahawa kita dikurniakan sebaik sifat dan kelengkapan diri...tak ke, kita terasa bahawa kita sangat-sangat bernasib baik...dan sebagai tanda kesyukuran itu, wajar untuk kita menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka...

No comments:

Post a Comment