Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Wednesday, 28 December 2011

Desa Bela Diri...

Seketika bersama penghuni Desa Bela Diri terasa diri ini amat beruntung dikurniakan akal fikiran dan kebebasan untuk menentukan nasib diri sendiri. Agak malang penghuni DBD sebahagian besar tidak mampu memiliki kebebasan itu walaupun di bumi merdeka...lantaran keterbatasan akal untuk menghitung rona-rona dunia...


Baby yang riang sentiasa bersama...

Ramai antara mereka hanya punyai keterbatasan akal...Baby walaupun fizikal sudah dewasa tetapi masih berfikiran ala kanak-kanak kecil...dan yang paling malang beliau tidak pernah tahu siapa ibu dan bapanya kerana telah ditinggalkan pada tika menjengah usia empat tahun...


Pak Ali...beliau memilih untuk berbakti kepada rakan-rakan yang tidak bernasib baik...


Pada hari akhir penggambaran, tiada kata-kata yang mampu kami luahkan...hanya linangan airmata menjadi saksi yang kami amat bersimpati...

No comments:

Post a Comment