Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Thursday, 25 August 2011

Sinopsis Kelapa Dot Com

Mengisahkan dua buah keluarga iaitu keluarga Pak Leman dan keluarga Lebai Kulop.Masing-masing mempunyai anak teruna iaitu Jihan anak kepada Pak Leman dan Rustam anak kepada Lebai Kulop.

Jihan merupakan seorang tidak berpendidikan tinggi, suka berangan tetapi rajin bekerja Dia bekerja di ladang kelapa milik ayahnya,manakala Rustam pula seorang yang berpendidikan tinggi,tetapi dia suka melepak,tidak bekerja kerana mempunyai banyak harta dan selalu saja tidak berpuas hati dengan Jihan.

Cerita bermula apabila Jihan membawa diri ke bandar kerana tidak tahan dihina dan dicemuh oleh penduduk kampung hanya kerana dia bekerja di ladang kelapa.Setelah 3 tahun berada di bandar,berkat usaha gigihnya Jihan berjaya menjadi seorang usahawan dan dia juga merupakan seorang saudagar kelapa yang membeli hasil daripada perusahaan kelapa milik penduduk kampung.Penduduk kampung pula pada mulanya tidak mengetahui siapa saudagar kelapa tersebut.Persoalan terjawab apabila Jihan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

Sinopsis InsyaAllah

Rahman, anak kampung yang hidup serba dalam kesusahan, namun seorang pelajar cemerlang. Dia hampir-hampir tidak dapat menduduki peperiksaan SPM, tetapi dengan pertolongan cikgu sekolah yang sudi membayar yuran peperiksaannya membolehkan dia menduduki peperiksaan itu dan hasilnya melayakkan dia menyambung pengajian ke menara gading.

Tamat pengajian, Rahman bekerja, kemudian bertemu jodoh dengan seorang gadis bernama Rahimah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnia dua cahaya mata iaitu Nurul Izzah dan Muhammad Haqq. Memasuki umur 3 tahun, Izzah diserang penyakit sawan, menjadikannya anak kurang upaya dan doktor meramalkan jangka hayatnya sekitar 8 hingga ke 10 tahun sahaja.

Percaya setiap penyakit ada ubatnya, Rahman membawa Izzah berubat ke sana, ke mari sehingga keluarganya menjalani kehidupan ala kadar sahaja kerana duit yang ada digunakan untuk perubatan Izzah. Namun, Izzah pergi jua tika berumur 6 tahun.

Rahman terpaksa berpindah rumah kerana rumah yang diduduki akan dilelong oleh pihak bank. Sesudah menyewa rumah baru, dia menerima kehadiran orang baru iaitu seorang anak perempuan bernama Nurul Iman. Malangnya, Iman turut mewarisi penyakit kakaknya. Rahman dibuang kerja kerana sering mengambil cuti untuk mengubati penyakit Iman dan dengan ketiadaan kerja, Rahman menyewa rumah yang lebih murah di kampung berdekatan bandar dia tinggal. Kemudian, Rahman menerima berita yang meruntun hati lagi iaitu anaknya Haqq yang diharap tidak mewarisi penyakit kakaknya tiba-tiba pengsan dan didapati mempunyai ketumbuhan dalam otak. Dalam kesusahan, Rahman tetap berusaha untuk mengubati penyakit anak-anaknya. Selain berusaha sedaya mungkin, dia meminta derma ke sana, ke mari, namun apa jua yang diperolehi tidak mencukupi untuk pembedahan tumor otak Haqq.

Akhirnya Rahman pasrah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Dia hanya mampu berdoa. Dia percaya kekuatan doa mampu mengubah takdir hidup manusia. Dan doanya tidak dihampakan apabila pada 1 Syawal, seorang dermawan telah menyerah sejumlah wang bagi mencukupi jumlah kos pembedahan Haqq. Rahman terlalu gembira dan berharap rezeki dari Tuhan itu, memungkin dia memerdekakan anaknya dari penyakit yang sedang dihidapi.

Sinopsis Kesuma Jiwa

KESUMA JIWA mengisahkan seorang gadis (KESUMA) yang pekak dan bisu yang bercita-cita mahu mempelajari cara-cara bermain biola. Tinggal bersama kakaknya, KHADIJAH berserta ibunya SYARIFAH. Ketiga-tiga beranak ini dikongkong oleh ruang yang sepi selepas kematian HADI (suami dan bapa).

KHADIJAH yang bekerja sebagai GRO dan ibunya SYARIFAH yang mendiamkan diri sejak kematian suaminya HADI memberi satu situasi yang menjerat jiwa 3 beranak ini. Namun begitu, KHADIJAH dilihat sebagai pengganti Hadi yang bertindak sebagai ketua keluarga yang menjaga ibu dan adiknya. SYARIFAH pula dibayangi rahsia kematian suami dan menghukum diri sendiri untuk tidak bercakap. Ini mengakibatkan ketiga-tiga beranak ini mengharungi hari-hari yang sepi di rumah. KESUMA cuba keluar dari ruang rumah yang sepi itu dengan mencari kegembiraan bertemankan biola peninggalan ayahnya. Sebagai seorang yang pekak dan bisu dilihat cita-citanya untuk mempelajari cara bermain bioala adalah mustahil.

Sehinggalah suatu hari KESUMA berjumpa dengan KHALI iaitu seorang pemain biola jalanan yang bisu. Kehidupan kesuma mula bermakna dan bernyawa dengan kehadiran KHALI tetapi tidak berpanjangan. Rahsia kematian ayah KESUMA akhirnya terbongkar apabila kesuma terlihat perbualan SYARIFAH bersama SUFFIAN tentang HADI (ayah kesuma). Jiwa KESUMA lebih parah apabila, dia mengetahui KHALI bukanlah seorang yang bisu seperti yang dijangka

Wednesday, 24 August 2011

Galeri (Pelakon-pelakon Hero Desa)

Lokasi Bahau Negeri Sembilan

1. Danny


2. Airis Yasmin


3. Abon


4. Adam Corrie + Fadhil Dani


5. Julia Ziegler



6. Syakilla + Delimawati



7. Harun Salim Bachik + Aznah Hamid



8. Kaza + Fadilah Mansor


9. Nasrizal Ngasri (Bell)


10. Kenchana Devi



11. Ramli Salleh sbg Muda
12. Man Belon sbg Fadli
13. Wan Suhaimi sbg Salleh










Sinopsis Hero Desa

Cerita tercetus apabila sebuah produksi (Maju Mundur Produksi) ingin mengadakan penggambaran di Kampung Terusan Ulu. Kebetulan pelakon lelaki utama telah menarik diri dan menyebabkan pihak produksi terpaksa mengadakan ujibakat bagi menggantikan pelakon utama tersebut.

Ramli seorang yang lurus dan berpendidikan telah menghadiri ujibakat tersebut dan telah terpilih. Kesibukan penggambaran menyebabkan hubungannya dengan kawan baiknya Ramlah terjejas akibat kehadiran Lia Sandra, seorang pelakon popular yang sama-sama berlakon dalam drama tersebut. Kebetulan Lia Sandra merupakan kawan sekolej Ramli. Konflik berlaku apabila Ramlah terlihat kemesraan antara Ramli dan Lia Sandra, sehingga menyebabkan Ramlah menolak pinangan Ramli.

Selain itu juga, pergolakan tercetus apabila ada segelintir orang kampung diupah oleh Muda supaya membuat huru-hara dan mengganggu penggambaran dijalankan. Ini disebabkan oleh Muda bengang anaknya Jali tidak terpilih sebagai pelakon utama. Setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Ramli, akhirnya Ramli berjaya dan hubungannya dengan Ramlah berjaya dipulihkan.


Monday, 22 August 2011

Merdeka Raya 2011

Penerbit-penerbit Merdeka Raya 2011


Kelapa Dot Com


Hari ini Pra-tonton dalaman Kelapa Dot Com, sebuah cerita yang amat menarik dan saya yakin ia 95 peratus sempurna sebagai sebuah cerita komedi yang menghiburkan...nampak dari riak wajah pengarahnya, beliau benar-benar puas kali ini...

Jadi jangan lupa saksikan Kelapa Dot Com pada 2 September 2011 jam 9 malam di TV2...


Friday, 12 August 2011

"Silap Menghitung" hasil keluaran dalam terbaik RTM

Banyak-banyak terima kasih kerana sudi menonton "Silap Menghitung" dan syukur...segala penat lelah semua pasukan penggambaran Silap Menghitung akhirnya...ia adalah yang terbaik...menjadi produk dalaman terbaik sudah cukup mengubat dan mengembalikan semangat pasukan untuk menerbitkan yang lebih baik di masa hadapan.


sekian,saksikan lagi drama-drama terbaik UDTV/RTM di musim Merdeka Raya

Galeri Kelong Kasih


Semuanya terlurai di sini...


Mas Muharni / Lara Suriani


Rahhim Omar / Farid (Tuan Kelong)


Mubarak Majid / Pak Jalal


Kamarudin Ambak (Pengarah/Penerbit)



Sinopsis Kelong Kasih

Lara adalah antara pelatih praktikal Universiti Islam Antarabangsa yang memilih kelong sebagai bahan kajian. Usahanya dibantu oleh Pak Jalal iaitu pekerja dan orang kepercayaan Farid, persinggahan Lara di rumah anak yatim Permata Camar seolah-olah memberi petanda tentang siapa dirinya yang selama ini juga tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah.

Lara diuji dengan kehebatan suasana kelong yang terasing dari daratan. Mengapa kelong ini masih rasional kepada Farid seorang usahawan berjaya menjadi persoalan besar buat Lara. Raihan ibu Lara menyimpan kenangan yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa. Persoalan itulah juga yang mambawa Lara untuk mencari dan mendasari asal usul siapa dirinya.

Raihan mula resah dengan perubahan Lara semenjak pulang dari kelong. Raihan yang tidak selesa dengan perubahan semakin terbeban apabila mendengar nama Farid dari mulut Lara. Lara yang menaratifkan kemanusiaannya, melihat kelong sebagai lambang kasih sayang. Kelong yang pada awalnya hanyalah didasari kehendak manusia dan alam akhirnya, kelong sebuah tempat pertemuan yang terasing dari daratan tidak boleh lari dengan gelora dikelilingnya

Wednesday, 10 August 2011

realiti drama dan realiti kehidupan

ramai yang menyangka realiti drama adalah sama dengan realiti kehidupan dan kesannya pengarah-pengarah drama seringkali dipersalah kerana tidak membawa realiti...

biasanya persoalan ini dibawa oleh pengkritik drama yang tidak mempunyai latar drama, dan mereka bukanlah penonton tegar drama yang menonton cerita...tetapi golongan ini menonton kesalahan-kesalahan yang dianggap mereka tidak logik dan masih banyak persoalan-persoalan yang belum terjawab dalam drama tersebut...

dalam drama biasa cerita adalah sebahagian daripada keseluruhan. dan yang sebahagian itulah yang akan meransang penonton untuk berfikir secara keseluruhan. apa yang ditunjuk melebihi makna yang terpapar. sebagai contoh, orang berdoa selepas sembahyang membawa maksud beliau telah selesai mengerja solat dan aktiviti-aktiviti sebelumnya seperti mengambil wuduk, memakai pakaian untuk sembahyang hinggalah saat berdoa...itulah yang dimaksudkan keseluruhan...realiti drama...sebahagian memaparkan keseluruhan.

Pra-tonton & PC Kelong Kasih

Semua berjalan lancar hinggalah ke saat-saat yang ditunggu-tunggu iaitu sesi soal jawab. SJ kata orang Melayu dan QA kata semua orang. Setiap kali PC, sekiranya wartawan yang dihantar Melayu...biasanya PC adalah dingin, kosong tiada soalan...mengapa, entah. Mungkin mereka telah faham dan semuanya persoalan telah terjawab atau tak boleh nak timbulkan soalan-soalan sensasi, takut member (penerbit) rasa hati...jadi reda jelah...balik kita tulis...dan biasanya juga apa yang mereka tulis hanyalah sebuah kisah yang diringkaskan dari kaca mata mereka atau ringkasnya sinopsis tanpa membawa maksud-maksud atau sudut dalam, dalam sebuah cerita...melihat ke dalam visual...mungkin itu format penulisan. apapun peranan mereka amat penting dalam mewarnai dan menghidupkan drama-drama kita...TERIMA KASIH

Monday, 8 August 2011

...Silap Menghitung dalam VOD (Video On Demand)

Kepada yang ketinggalan untuk menonton Silap Menghitung tempoh hari masih boleh menyaksikannya dalam VOD...taip www.rtm.gov.my > menu sebelah kiri Perkhidmatan Dalam Talian > klip VOD TV2 > VIDEO > TELEMOVIE > ...dan pilih tajuk Silap Menghitung...Selamat Menonton...


Wednesday, 3 August 2011

...menjelang Syawal tiba

Sempena menyambut Aidilfitri dan juga ulang tahun kemerdekaan negara, UDTV tidak pernah gagal menyediakan santapan terbaik buat penonton TV1 dan TV2. Tahun ini UDTV menyajikan 5 panggung.

Bermula dengan panggung "Kelong Kasih" arahan Kamarudin Ambak yang akan bersiaran pada 28 Ogos 2011 (Ahad/Sinema Ahad)jam 10 malam di TV2.


Diikuti "Hero Desa" arahan Noraziah Zakaria bersiaran pada 30 Ogos (Raya Pertama) jam 2 hingga 4 petang di TV1.


Kesuma Jiwa (2 Sept.) jam 2-4 petang di TV1 dan pada malamnya (2 Sept.) jam 9-11 malam Mat Jenin Moden di TV2.

Pada 4 September jam 9 hingga 11 malam di TV2 InsyaAllah drama arahan Asri Alias pengarah drama bersiri popular Makbul.

Monday, 1 August 2011

...kembali bermula

...hari ini semua rasa cam tak kena, semangat yang melontar-lontar hilang entah ke mana...setiap sudut, segenap penjuru hanya masalah dan masalah. tidak tahu mana mahu bermula...


...moga berkat bulan Ramadan ini segala yang terancang dapat dilaksana,...dan mereka yang nun dipuncak sana berlembut hati membuka dan mempermudahkan...segala urusan