Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Thursday 25 August 2011

Sinopsis InsyaAllah

Rahman, anak kampung yang hidup serba dalam kesusahan, namun seorang pelajar cemerlang. Dia hampir-hampir tidak dapat menduduki peperiksaan SPM, tetapi dengan pertolongan cikgu sekolah yang sudi membayar yuran peperiksaannya membolehkan dia menduduki peperiksaan itu dan hasilnya melayakkan dia menyambung pengajian ke menara gading.

Tamat pengajian, Rahman bekerja, kemudian bertemu jodoh dengan seorang gadis bernama Rahimah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnia dua cahaya mata iaitu Nurul Izzah dan Muhammad Haqq. Memasuki umur 3 tahun, Izzah diserang penyakit sawan, menjadikannya anak kurang upaya dan doktor meramalkan jangka hayatnya sekitar 8 hingga ke 10 tahun sahaja.

Percaya setiap penyakit ada ubatnya, Rahman membawa Izzah berubat ke sana, ke mari sehingga keluarganya menjalani kehidupan ala kadar sahaja kerana duit yang ada digunakan untuk perubatan Izzah. Namun, Izzah pergi jua tika berumur 6 tahun.

Rahman terpaksa berpindah rumah kerana rumah yang diduduki akan dilelong oleh pihak bank. Sesudah menyewa rumah baru, dia menerima kehadiran orang baru iaitu seorang anak perempuan bernama Nurul Iman. Malangnya, Iman turut mewarisi penyakit kakaknya. Rahman dibuang kerja kerana sering mengambil cuti untuk mengubati penyakit Iman dan dengan ketiadaan kerja, Rahman menyewa rumah yang lebih murah di kampung berdekatan bandar dia tinggal. Kemudian, Rahman menerima berita yang meruntun hati lagi iaitu anaknya Haqq yang diharap tidak mewarisi penyakit kakaknya tiba-tiba pengsan dan didapati mempunyai ketumbuhan dalam otak. Dalam kesusahan, Rahman tetap berusaha untuk mengubati penyakit anak-anaknya. Selain berusaha sedaya mungkin, dia meminta derma ke sana, ke mari, namun apa jua yang diperolehi tidak mencukupi untuk pembedahan tumor otak Haqq.

Akhirnya Rahman pasrah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Dia hanya mampu berdoa. Dia percaya kekuatan doa mampu mengubah takdir hidup manusia. Dan doanya tidak dihampakan apabila pada 1 Syawal, seorang dermawan telah menyerah sejumlah wang bagi mencukupi jumlah kos pembedahan Haqq. Rahman terlalu gembira dan berharap rezeki dari Tuhan itu, memungkin dia memerdekakan anaknya dari penyakit yang sedang dihidapi.

No comments:

Post a Comment