...setelah tamat tempoh siaran Silap Menghitung terasa satu bebanan telah terangkat mengampung hilang...lega...
...bolehlah menumpukan kembali kepada tugasan seterusnya...
...kepada yang sudi memberi ruang kepada Silap Menghitung diucapkan ribuan terima kasih...dan pada yang sudi memberi pandangan juga "Terima Kasih"
Aktiviti Semasa
Terkini
...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.
Sunday, 31 July 2011
Saturday, 30 July 2011
...malam perhitungan
...akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba, 31 Julai (Ahad/esok)2011 jam 10 hingga 12 malam tiba.
...menggunakan judul Silap Menghitung menggantikan Opah Teristimewa bukanlah satu perjudian yang kecil, ia banyak memberi kesan...kesan kepada bakal bersiri yang akan berlangsung nanti dan juga pada karektor yang menjadi tunjang kepada cerita...

Friday, 29 July 2011
...membina kesinambungan Opah
...mengangkat Khaty sebagai teras cerita satu perhitungan. adakah Khaty mampu untuk menjadi skulptur yang disalin daripada perwatakan Opah...dan seterusnya menjadi peneraju cerita Opah versi kali ini...
Wednesday, 27 July 2011
Sunday, 24 July 2011
...kesinambungan Opah
...memikirkan sebuah drama berbentuk kekeluargaan yang mampu memberi pengajaran di samping membawa unsur-unsur hiburan kepada penonton, sudah pasti mengamit kembali kenangan terhadap drama bersiri yang telah lama menghilang dari kaca TV...iaitu Opah. Bukan tidak ada usaha untuk mengembalikan jenama tersohor ini tetapi atas dasar prestij ia masih terpendam. Bagaimanapun bermula tahun 2010 usaha-usaha dipertingkatkan dan boleh dianggap sebagai satu permulaan lahirnya telefilem yang menggunakan sepenuhnya konsep Opah terdahulu tetapi diperkisahkan dalam bentuk yang baru di bawah judul Silap Menghitung. Mungkin agak takbur untuk mengatakan bahawa tele ini mampu menandingi siri-siri Opah terdahulu tetapi siri Silap Menghitung tidak akan menghampakan...dan, jangan terlalu teruja kerana watak Opah masih lagi dikaburkan kerana bukan tujuan sebenar untuk membina Silap Menghitung sebagai Opah tetapi hanya untuk mengamit kembali kenangan-kenangan lalu...bagaimana manusia istimewa ini mampu membentuk sebuah keluarga harmoni dan juga mampu bertindak sebagai satu unit masyarakat yang perihatin...
Monday, 18 July 2011
Tuesday, 12 July 2011
Gambar Pelakon-pelakon Silap Menghitung
Lokasi: Rumah Opah
Pelakon/Watak
1. Opah (Khamsah Abdullah)
2. Osman (Shahronizam)
3. Timah (Sharifah Nadia)
5. Bakar (Dodie)
6. Borhan (Aliff)
7. Alia (Melia Aimellia)
8. Fazli (Afiq Muiz)
9. Jenab (Rozie Rashid)
10. Dollah (Kaza)
11. Lina (Siti Nor Dazzuena)
12. Joyah (Liza Abdullah)
13. Tok Penghulu (Badrul Munir)
14. Alang Yassin (Azhan Rani)
...siaran 31 Julai 2011, jam 10.00 - 12.00 malam di TV2...
Pelakon/Watak
1. Opah (Khamsah Abdullah)
2. Osman (Shahronizam)
3. Timah (Sharifah Nadia)
4. Khaty (Shafine Saedon)
5. Bakar (Dodie)
6. Borhan (Aliff)
7. Alia (Melia Aimellia)
8. Fazli (Afiq Muiz)
9. Jenab (Rozie Rashid)
10. Dollah (Kaza)
11. Lina (Siti Nor Dazzuena)
12. Joyah (Liza Abdullah)
13. Tok Penghulu (Badrul Munir)
14. Alang Yassin (Azhan Rani)
...siaran 31 Julai 2011, jam 10.00 - 12.00 malam di TV2...
Sinopsis Silap Menghitung
Sinopsis
Silap Menghitung adalah versi Opah yang cuba diungkit kembali (mengimbas kenangan) menggunakan konsep persembahan dan perwatakan yang sama. Perbezaannya hanyalah latar masa yang disesuaikan dengan keadaan sosial, geografi dan teknologi sekarang. Opah merupakan drama bersiri terbaik yang pernah diterbitkan oleh RTM. Ia bertahan selama 18 tahun dari tahun 1982 hingga ke tahun 2000.
Bagi yang kali pertama melihat Opah mungkin tidak dapat merasakan perbezaan antara perwatakan-perwatakan yang ditimbulkan, tetapi bagi peminat setia mungkin melihat nostagia-nostagia yang telah lama terbina, sebagai contoh watak Joyah, Alang Yassin, Osman, Timah, Jenab, Dollah, Borhan (Bob), Bakar (Burn), Khaty dan ramai lagi...
Lokasi penggambaran dibuat di Batu Kurau, Perak iaitu lokasi yang paling ramai menggunakan panggilan Opah. Rumah yang digunakan sebagai set utama juga adalah milik seorang yang bergelar Opah....
Berikut disertakan ringkasan cerita Opah dalam kisah Silap Menghitung...
Opah berkunjung ke rumah anaknya Osman di Kuala Lumpur bersama Alang Yassin yang akan menghadiri seminar usahawan. Kebetulan pula sekolah mula bercuti. Telatah Opah bersama cucu-cucunya Bakar dan Borhan menjadikan Timah dan Osman terhibur. Bagaimanapun keadaan bertukar apabila Khaty (Khatijah) membawa pulang sahabat baiknya, Alia yang dua tahun lebih tua dari Khaty menumpang seketika di rumah mereka.
Setelah diteliti, didapati Alia menghadapi masalah peribadi. Dia takut hendak balik ke rumah orang tuanya di Pahang kerana dia berbadan dua. Opah yang banyak pengalaman itu dapat mengesan dan menghidu masalah Alia. Namun bagi Timah, dia tidak mahu menanggung beban dan tidak sanggup ‘bersubahat’. Bagi Timah jalan terbaik, hal Alia ini harus diselesaikan oleh orang tuanya.
Alia mempunyai alasan sendiri kenapa dia tidak sanggup berdepan dengan orang tuanya, lebih-lebih berdepan dengan ayahnya yang panas baran. Memandangkan isu itu, dia berada di rumah Timah. Apabila Alia mengetahui bahawa kehadirannya tidak disenangi oleh Timah, Alia mengambil jalan singkat untuk keluar dari rumah itu.
Atas rasa tanggungjawab dan tidak mahu Alia merasa tersisih, Opah membawa Alia ke kampung. Opah tidak mahu Alia bersendiri dalam menghadapi masalahnya. Osman membawa Opah dan Alia balik kampung. Khaty dan Borhan turut sama.
Ketika Opah dalam perjalanan balik, Joyah pula tiba di rumah Timah. Joyah juga turut serta dalam seminar usahawan di Kuala Lumpur. Joyah hairan melihat Timah yang nampak kurang senang dengan Opah. Joyah mengorek punca Timah berkelakuan demikian.
Setiba di kampung, Alia tinggal di rumah Opah. Opah beritahu apa yang berlaku kepada Jenab. Seperti Timah, Jenab juga nampak tidak bersetuju dengan kehadiran Alia. Opah mempunyai pandangan berbeza dan mesti cuba menyelamatkan masa depan Alia. Bagi Opah, Alia masih muda dan dia perlukan bimbingan untuk memandu dia ke jalan yang betul. Bukan terus menghukumnya. Alia merasa dirinya tidak berharga lagi. Dia mengambil jalan nekad, cuba menggugurkan kandungannya. Tindakannya itu hampir meragut nyawanya sendiri.
Osman dan Yassin sepakat mencari keluarga Alia di Pahang untuk berbincang masalah yang dihadapai oleh Alia. Opah sering mempertahankan Alia kerana menganggap Alia seperti cucunya sendiri. Alia amat terharu dengan sikap Opah.
Bila Joyah kembali dari Kuala Lumpur, keadaan menjadi kecoh. Kisah Alia menjadi buah mulut. Tok Penghulu campur tangan. Tok Penghulu tidak mahu nama baik kampung tercalar dengan kehadiran Alia. Bagaimana pun kehadiran cucu Tok Penghulu, Faizal dari KL telah meleraikan masalah Alia.
...siaran pada 31 Julai 2011 jam 10.00 hingga 12.00 malam di TV2...
Saturday, 9 July 2011
Panggung RTM "Silap Menghitung"
..."Silap Menghitung" adalah sebuah telefilem yang mengambil pendekatan ...sebuah kisah atau penceritaan atas penceritaan. Ia dibina atas dua latar masyarakat iaitu bandar dan desa. Isu yang dibawa ialah masalah sosial yang diperwakilkan dalam watak Alia (dilakonkan oleh Melia Aimellia seorang pelakon muda yang sedang meningkat popular). Walaupun berbeza dari segi ekonomi,sosio, politikan (ekoposia),ideologi, falsafah dan sebagainya masyarakat bandar dan desa tetap berpegang atas dasar adat dan agama. Yang membezakan ialah entiti itu sendiri...bagaimana mereka dididik dan bagaimana mereka terasuh dalam latar ekoposia masing-masing...
...Alia mengambil keputusan nekad dan mempertaruhkan nyawanya...Alia menjadi mangsa manusia pada manusia yang menjadikan kelemahan orang lain sebagai permainan hidupnya...
Siaran:-
Tarikh: 31 Julai 2011 (Ahad)
Masa: 10.00 hingga 12.00 tgh mlm.
Rangkaian: TV2/RTM
Slot: Sinema Ahad
Turut Menjayakan: Khamsah Abdullah (Opah), Shahronizam (Osman), Sharifah Nadia (Timah),
Shafinie Saedon (Khaty), Dodie (Bakar), Aliff (Borhan), Rozie Rashid (Jenab),
Kaza (Dollah), Liza Abdullah (Joyah), Badrul Munir (Tok Penghulu), Azhan Rani
(Alang Yassin), Afiq (Fazli/Aiman) dan ramai lagi

Thursday, 7 July 2011
Siaran Silap Menghitung...
...drama Panggung RTM "Silap Menghitung" akan bersiaran pada 31 Julai (Ahad) di TV2 pada pukul 10.00 malam...
...Silap Menghitung adalah karya A. Wahid Nasir yang mengisahkan tentang perhitungan dalam membuat pilihan...tidak semua manusia mempunyai peluang dan adakala pilihan telah ditakdirkan untuk mereka...

Wednesday, 6 July 2011
...Cerita Adam
cerita adam adalah adaptasi novel Baharuddin Kahar...sebuah novel remaja yang terlaris suatu ketika dahulu...
...dan ia merupakan, dilakonkan oleh Chomatt...
...dan ia merupakan, dilakonkan oleh Chomatt...
Monday, 4 July 2011
...drama pertama
..."Bayang-bayang Musyrik" adalah drama arahan pertama saya...hasil karya A. Wahid Nasir
...Ia mengisahkan Hasnol yang telah berkahwin dengan Tina (anak seorang Dato') tanpa restu. Mereka melarikan diri ke Taiping, Perak dan Tina telah melahirkan anak bernama Haiqal...Haiqal menghadapi masalah jantung. Setelah berumur 5 tahun Haiqal perlu menjalani pembedahan segera. Tina terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Haiqal...Hasnol berhempas pulas untuk mencari wang bagi menanggung perubatan Haiqal hinggakan beliau mengalami ilusi yang membuatkan beliau hampir-hampir musyrik...

terbitan tahun 2007
Sunday, 3 July 2011
...kagum dengan kejayaan David Teoh...
...walaupun filemnya dapat sambutan yang menakjubkan tapi jalan cerita, susunan plot dan segalanya tetap hampeh...cerita yang berterabur, aksi yang tak tersusun...ala-ala bodoh sahaja, dialog yang entah apa-apa,
camerawork entah ke mana...dengan peranan pelakon yang langsung tiada peranan...
...suatu ketika dulu ada seorang prof.madya (diambang kejayaannya) berkata...dia sudah ada pengikut tetap, cara bercerita bukan lagi masalah...(dengan perkataan sendiri)...tetapi akhir segala-galanya hilang, satu persatu filemnya ditolak...
...mungkin David akan terima juga, sebab filem-filemnya langsung tidak meningkat dari segi kualiti penceritaan dan juga segala-galanya...bahkan semangkin berterabur...kuantiti mungkin satu dari kejayaan...tapi bab kualiti...satu kemestian...

Subscribe to:
Posts (Atom)