Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Sunday, 24 July 2011

...kesinambungan Opah


...memikirkan sebuah drama berbentuk kekeluargaan yang mampu memberi pengajaran di samping membawa unsur-unsur hiburan kepada penonton, sudah pasti mengamit kembali kenangan terhadap drama bersiri yang telah lama menghilang dari kaca TV...iaitu Opah. Bukan tidak ada usaha untuk mengembalikan jenama tersohor ini tetapi atas dasar prestij ia masih terpendam. Bagaimanapun bermula tahun 2010 usaha-usaha dipertingkatkan dan boleh dianggap sebagai satu permulaan lahirnya telefilem yang menggunakan sepenuhnya konsep Opah terdahulu tetapi diperkisahkan dalam bentuk yang baru di bawah judul Silap Menghitung. Mungkin agak takbur untuk mengatakan bahawa tele ini mampu menandingi siri-siri Opah terdahulu tetapi siri Silap Menghitung tidak akan menghampakan...dan, jangan terlalu teruja kerana watak Opah masih lagi dikaburkan kerana bukan tujuan sebenar untuk membina Silap Menghitung sebagai Opah tetapi hanya untuk mengamit kembali kenangan-kenangan lalu...bagaimana manusia istimewa ini mampu membentuk sebuah keluarga harmoni dan juga mampu bertindak sebagai satu unit masyarakat yang perihatin...


No comments:

Post a Comment