Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Friday, 24 June 2011

...siapa yang patut menilai

...masih dalam persoalan yang sama, setiap kali ada pra-tonton, semua akan bersuara...berkokok untuk menyatakan ilmu penuh di dada...dan, apa yang dipertontonkan masih jauh dari bagus...kalau saya yang buat, saya akan buat macam ni, macam tu dan macam-macam lagi...dengan maksud bahawa orang yang membuat tersangatlah jahilnya...cerita macam hampas...tut-tut cerita tu menang, jadi ape cite?...

...ceritanya ialah semua orang melihat, apa yang mahu dilihat...apabila seseorang yang merasakan dirinya adalah penerbit/pengarah setaraf drama barat, maka semua drama-drama terbitan 'local' adalah hampas, walaupun hakikatnya drama terbitannya juga hampas...

...untuk mencari sesuatu yang ajaib, terlalu bermimpi...kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang kelam, kabur...baik pada mata kita belum tentu baik pada orang lain...

...tak perlu terlalu emosi, kerana kita bukanlah pejuang...tetapi manusia yang 'pentingkan diri'...apa yang kita mahu ialah kepuasan diri...dan bukan manfaat sejagat...kita amat bangga bila ramai yang menonton, tapi kita tidak kecewa bila tidak ada satu nilai pun yang menambah kebaikkan pada penonton...semuanya hilang seperti angin, seperti bertepuk tangan...bunyinya hanya seketika...

...biarlah orang yang kata, kita pejuang bukan kita yang kata...mungkin sebenarnya kitalah petualang...





...dan mungkin...ada yang terpesong kerana kita, dan mungkin...segala kemungkinan adalah mungkin

No comments:

Post a Comment