...dalam menilai sebuah drama, biasanya ada empat perkara yang diambil perhatian iaitu gerak kamera (camera work), jalan cerita, visual dan audio...
...gerak kamera iaitu bagaimana menggunakan kamera dalam mempersembahkan visual samada gerakan kamera atau saiz frame atau kedua-duanya...dalam gerak kamera ini, pengarah akan membentuk (compose), membina dan menimbulkan makna...dari sebuah keadaan (dinamakan imej selepas ia dirakam)...
...jalan cerita pula ialah cerita/naratif yang dibawa dan dibina, adakah ia menyakinkan atau apa yang diistilahkan sebagai sampai. atau bermaksud cerita difahami oleh penonton dan diterima sebagai benar...
...ketiga pemilihan visual...ada sesetengah pengarah/penerbit amat berhati-hati dalam memilih set, lokasi, bangunan atau binaan yang akan menjadi latar atau dunia pendramaannya. setiap visual mestilah cantik dan mengujakan...sesetengah penerbit/pengarah memilih latar agak kelam dengan cerita yang dibawa...kadang-kadang tidak berkait dengan adegan yang dibawa...asalkan cerita masih mampu bergerak...
...keempat aspek audio...iaitu suara, samada muzik latar, lagu latar, mood muzik, kesan khas dan sebagainya yang bersangkut dengan bunyi...unsur bunyi amat penting walaupun dalam silent movie...semangat, roh dan jiwa mengalir bersama muzik...sayu, marah, pilu, kosong, dendam dan sebagainya...
...ada sesetengah memasukkan juga kesan khas visual...kesan yang menakjubkan...seperti magika dan sebagainya...tapi, dalam pendramaan biasanya unsur ini disekalikan dengan visual...
...ia tidak berakhir di situ...bagaimana anda menilai...ia terpulang kepada diri sendiri...iaitu apa yang anda cari, sebagai contoh bagi seorang yang inginkan hiburan akan mencari jalan cerita yang ringan dan meriah dengan artis yang kacak dan jelita, sebagai penanda arasnya....bagi yang melihat sebagai tenaga kerja produksi akan melihat dari aspek teknikal seperti pengcahayaan...dan unsur itu menjadi keutamaanya, dan bukan jalan cerita, begitulah seterusnya...
...bagi seorang karyawan mungkin melihat falsafah,nilai-nilai, dan segala macam yang tersembunyi di sebalik sebuah drama...
...dan mungkin...
No comments:
Post a Comment