Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Wednesday 30 October 2013

Muzik Latar " Hanya Satu Malam"

Telefilem saya kali ini memang dirancang untuk menjadikan muzik sebagai elemen penggerak cerita. Sebab itu muzik dijalin bermula dari RTM mempersembahkan hingga kepada hakcipta terpelihara. Dengan lain maksud dari A hingga ke Z. Saya percaya bunyi adalah jiwa kepada sesebuah karya bervisual. Visualnya adalah badan sahaja yang menonjolkan bentuk fizikal. Apa yang saya idamkan ditunaikan oleh saudara Amy dari kumpulan Ukays... Lagu-lagu Ukays yang berdesik lunak menyelinap jiwa betul-betul menyakinkan saya bahawa kali ini 'Hanya Satu Malam' betul-betul memerlukan tenaga kreatif. Dan hasilnya... melebihi apa yang saya bayangkan... terima kasih Amy Ukays.


Memang ada yang tak senang dengan bawaan saya kali ini... tapi itulah risiko yang terpaksa saya tanggung. Untuk memperkenalkan sesuatu yang lari dari kebiasaan memerlukan keberanian dan ia bukan sesuatu yang mudah. Terlalu banyak muzik akan melemaskan penonton... tapi daripada pertemuan muka ke muka majoriti mutlak yang datang menonton pratonton, menyatakan mereka suka pada perubahan dan muzik yang dibawa. Muzik olahan atau tataan Amy Ukays benar-benar memandu jiwa mereka untuk langsung bersatu dengan perasaan watak.





No comments:

Post a Comment