Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Friday 4 October 2013

Beremosi Tanpa KontroversiDrama Bersiri Opah Beri Nafas Baharu Kepada RTM

 
Kisah kekeluargaan masyarakat Melayu menerusi drama bersiri Opah menjadi fenomena sekitar tahun 1980-an 90 an bakal muncul dengan musim terbaharu yang akan mengangkat pelbagai isu kemasyarakatan dan kekeluargaan. Drama terbitan Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) memberi nafas baru kepada drama bersiri Opah dengan menampilkan pelakon – pelakon baru dengan kepelbagaian watak yang lebih moden dan segar.


Drama Bersiri Opah



Menurut penerbit selaku pengarah drama Opah, Zamani Ibrahim, drama ini disiarkan sebanyak 20 episod selama 30 minit. Tujuh puluh peratus penggambaran berlangsung di sekitar Batu Kurau, Perak dan bakinya tiga puluh peratus di Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur. Penggambaran ini mengambil masa selama 45 hari dan bakal ditayangkan mulai 28 Ogos , setiap hari Rabu jam 9.00 malam di saluran TV1.

Siri baharu drama Opah mengisahkan kehidupan anak-anak Opah Kalsom (Opah versi terdahulu) dan juga cucu-cucunya setelah 10 tahun beliau meninggal dunia. Dalam siri baharu Opah, Jenab anak sulong Opah Kalsom menjadi tunjang cerita. Jenab yang kini bergelar Opah merupakan ibu tunggal dan menetap di rumah peninggalan Opah Kalsom. Dia kini tinggal bersama, Alang Yasin yang masih belum berkahwin dan Siti anak kedua Jenab bersama dengan suaminya Azman serta kedua anak mereka Zahara dan Amirul.

Selain Siti, Jenab mempunyai tiga orang lagi anak perempuan iaitu Hawa, Zura dan Lina. Hawa tinggal di Kuala Lumpur dan mempunyai 3 orang anak iaitu Haikal, Aspa dan Asyraf. Suami Hawa, Hasrul seorang blogger. Hawa mengusahakan butik muslimah dan memasarkannya secara atas talian/online. Sambutan terhadap barangan Hawa sangat laris hinggakan beliau seringkali terlepas pandang dalam mendidik anak-anak mereka.

Zura dan Lina masih bujang. Zura bertugas sebagai doktor di hospital kerajaan manakala Lina melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah Sarjana.Seiring dengan suasana kehidupan kampung yang dibawa melalui keluarga Jenab dan Alang Yasin, drama bersiri Opah masih mengekalkan elemen sosial budaya bandar yang moden dan mencabar.


Drama Bersiri Opah
Osman ialah adik kepada Jenab dan merupakan anak kedua Opah Kalsom. Beliau dan isteri, Timah dan keluarga menjadi perwakilan sosial budaya bandar. Tinggal serumah bersama anak sulong mereka Khaty dan suaminya Ikhwan seorang peguam serta anak mereka Shasa yang berusia enam tahun. Selain Khaty, Osman mempunyai dua lagi anak iaitu Borhan dan Bob. Mereka juga masih belum berkahwin.
Saksikan drama bersiri drama Opah yang bakal ditayangkan 28 Ogos ini dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fadilah Mansor sebagai Jenab/Opah, Shaharuddin Thamby sebagai Osman, Hairie Othman sebagai Alang Yasin, Aida Khalida, Zizan Nin, Anne Ngasri, Siti Elizad dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment