Erna Shuraya sebuah telefilem kombinasi penerbitan dua negara iaitu RTM dan RTB. Pelakon dibarisi oleh artis handalan Malaysia dan juga Brunei sperti Tasha Shiela dan Shakilla Khoriri dari Malaysia, manakala Shukri Mahari, Normakalina Iskandar dan Sharin Bali dari Brunei. Lain-lain artis seperti Amran Ismail (Malaysia), Munir Japar, Aisyah Sidek dan Rosman Hassan dari Brunei. Penggambaran mengambil masa 16 hari; 8 hari di Malaysia dan 8 hari di Brunei.
Pratonton pertama telah diadakan di RTB/ Brunei pada 03 Disember 2012 baru-baru ini dan mendapat reaksi positif daripada hadirin termasuk Bahagian Pernapisan RTB/Brunei. Impak daripada pratonton tersebut dicadangkan agar telefilem "Erna Shuraya" di sambung ke bahagian 2 ataupun diadakan 'prequal'.
Di Malaysia pratonton akan diadakan pada 18 Disember 2012 (Selasa) pada pukul 2.00 petang di Wisma TV.
No comments:
Post a Comment