Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Thursday, 11 October 2012

Sekumit Rasa:

Apa yang paling kutakuti, apa yang kuvisualkan tidak indah jauh menyimpang dari makna dan maksud skrip. Juga kutakuti jalan-jalan ceritanya, pembinaan, pembentukkan watak dan segalanya tidak sampai... atau apa yang dikatakan pengarah gagal menyakinkan penonton apa yang diutarakan. Wujudnya hanya seperti hujan melalui dialog-dialog kosong tanpa sokongan latar yang kemas.

Kali ini tidak seperti sebelumnya, aku pengarah mempunyai kuasa veto dan perancang utama pada setiap babak-babak yang dipersembah. Kali ini apa yang mampu kulakukan ialah mempergunakan sebaik apa yang disediakan dan kebanyakkannya jauh dari apa yang kubayangkan. Puas hati, rasanya terlampau jauh, tapi yang paling penting cetusan-cetusan idea mesti diterjemah segera. Masa tidak pernah menunggu. Apa lagi, buatlah apa yang terlintas...Nak salahkan siapa...pengarah tidak boleh menyalahkan sesiapa. Dari mana datangnya salah beliaulah yang berdosa... Dari sudut hujung mana sekalipun, walaupun disebabkan lampu tidak menyala atau trafik sesak... Yang salah tetap pengarah...


TERIMA KASIH... walaupun segala terbatas, semua bersungguh-sungguh... untuk mengrealisasikan dan menghasilkan yang terbaik.


Taniah... dan maafkan kami...

No comments:

Post a Comment