Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Friday, 17 June 2011

Erna Shuraya

Erna Shuraya...kisah dua wanita, menguasai lelaki hanya dengan kata-kata...dan senyum manis. berbekal kepandaian ilmu teknologi membuka seribu ruang kepadanya menakluki keegoaan seorang lelaki bergelar lepasan 'degree'.

...pada awalnya ia hanya satu permainan, mengalahkan guru menjadi satu kepuasan. dan, hari demi hari, mereka lebih jauh terpesong...ia  menjadi satu ketagihan...dan akhirnya mereka dibuang...kepandaian yang tidak dikitiraf...dalam dunia yang lebih menilai sekeping kertas, daripada sebuah kebolehan...mereka terpinggir...dipingggir...

...Erna dan Shuraya lebih melihat diri mereka sebagai mangsa,...manusia-manusia yang pernah ditunduk dahulu adalah manusia yang layak dijatuhkan, kerna mereka manusia petualang yang sentiasa mengambil peluang...bezanya Erna dan Shuraya adalah devi yang dilahirkan sempurna fizikal dan mental, akal mereka mampu meneroka hati paling dalam seorang lelaki...dan lelaki adalah petualang yang membina sistem hanya untuk mereka...

...lulus

No comments:

Post a Comment