Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Saturday, 21 May 2011

tarikh siaran

sebuah cerita tentang...silap menghitung, akan bersiaran pada bulan ogos. bermakna bulan puasa di malam hari...jam 9 malam. mungkin satu perkhabaran baik dan mungkin juga satu lagi risiko...bulan puasa biasanya umat islam akan mengunjungi masjid-masjid dan pulang selepas 10 setengah malam.


silap menghitung sentiasa membawa isu dalam dua perbandingan. contoh antara suami dan isteri...osman dan timah. rintitan daripada tindakan khadijah membawa pulang alia (kawan sekolahnya) menyebabkan segala perancangan untuk melancong ke sabah tidak menjadi. bagi osman segalanya adalah takdir. tidak semua apa yang dirancangkan akan terlaksana seperti yang direncana. bagi timah, semuanya adalah akibat daripada tindakan yang diambil secara persendirian, khatijah membawa pulang kawannya dan opah tiba-tiba muncul. sedangkan sebelum ini semua orang sudah tahu yang mereka akan melancong ke sabah. kesalahannya, mereka semua tidak merujuk kepada beliau.
dan akhirnya...penyelesaian hadir jua...osman lebih berdiam diri, berfikir, tenang dan berusaha untuk tidak mengocakkan lagi keadaan...diam bukan bermaksud tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah...tetapi kecoh, kebisingan juga tidak akan membantu...timah pula, terlalu cepat melenting segala masalah mahu diselesaikan serta merta...beliau amat tegas...

begitulah antara kisah sebuah cerita tentang silap menghitung...kemarahan yang meruak tak perlu diapi-apikan lagi, biarlah ia tenang sendiri...(antara api dan air).


kisah seterunya...

No comments:

Post a Comment