Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Saturday, 28 May 2011

silap menghitung sebuah kisah...

...silap menghitung merupakan kisah lima wanita opah, timah, khaty, jenab dan joyah dalam perkiraan isu masyarakat yang tersilap langkah, yang diperwakilkan dalam watak alia...

...di sebalik kuasa lelaki, sebenarnya wanitalah yang membuat perkiraan dan sebenarnya merekalah yang memutuskan...

...agak melampau untuk menafikan kekuasaan sang lelaki, walaupun dalam diam sebenarnya lelaki mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan. Sifat-sifat 'gentlemen' seorang lelaki diperlukiskan dalam watak osman, yassin dan dollah...mereka lebih senang bergerak dalam diam...

...imbangan kuasa antara lelaki dan wanita dipersembahkan dalam kehidupan pasangan timah dan osman serta jenab dan dollah. kedua-dua pasangan ini mempunyai cara untuk mengimbangi sifat pasangan masing-masing...

...watak opah merupakan perlambangan kejayaan seorang ibu dalam mendidik dan mengasuh anak-anaknya dan seterusnya menjadi guru kepada cucu-cucunya...

...watak khaty merupakan salinan watak opah dalam versi bandar yang mempunyai ketegasan dan keberanian...walaupun khudrat dan dayanya agak terbatas tetapi beliau masih berusaha untuk terus membantu...dan kadangkala beliau juga merupakan seorang perancang yang berkesan. keserasian dan persamaan antara opah dan khaty terlihat apabila mereka mengatur pertemuan yang membongkar segala persoalan selama ini hanya secara sepintas lalu "spontan"...


...cerita indah sebuah teknologi dan duka seorang mangsa teknologi...

No comments:

Post a Comment