Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Monday 23 May 2011

sebuah cerita dan sebuah teori : tiada penghujung

bertolak dari "telefilem" cerita adam, saya rasa amat serasi untuk membawa sebuah cerita yang berbentuk "tidak habis" iaitu olahan seolah-olah cerita hanya sebahagian daripada kehidupan. drama biasa juga menggunakan konsep sebahagian daripada kehidupan, tetapi yang membezakan pendekatan ini ialah...kisahnya dibina tanpa penghujung sehingga ke akhir. pada peringkat awal dilihat seolah-olah sudah ada penamat...tetapi dimulakan semula hingga beberapa kali...dan pada penamatnya juga digantung...



pada kebiasaan drama, dibina dalam formula pembinaan, kemuncak dan penyelesaian. kemuncak merupakan titik tertinggi konflik. drama jenis ini amat senang untuk dijangka kerana konflik yang merupakan kemuncak akan berlaku 15 minit sebelum siarannya berakhir...

drama berbentuk tiada penghujung, meransang penonton untuk meneka ke arah mana pembina drama hendak bawa sesebuah cerita...haluan cerita sentiasa diubah.

kisah sebuah cerita tentang silap menghitung cuba menggunakan konsep tiada penghujung...beberapa ilusi penamat dibina untuk memesongkan pemikiran penonton. saya akui masih banyak kelonggaran berlaku...dan masih banyak ruang perlu diperkemaskan untuk menjadi seratus peratus cerita tanpa penghujung yang menarik...

No comments:

Post a Comment