Aktiviti Semasa
Terkini
...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.
Sunday, 31 August 2014
Friday, 31 January 2014
Friday, 24 January 2014
Monday, 6 January 2014
Sunday, 5 January 2014
Wednesday, 25 December 2013
Baru-baru ini terserempak dengan sejenis binatang pelik bentuk seperti tikus tetapi bahagian kepala berwarna putih. Inilah kali pertama saya melihat. Saya pasti binatang ini tidak terdapat di Zoo Negara ataupun Zoo Taiping. Kalau didramakan mungkin ia sesuatu yang baharu... cerita binatang dalam kehidupan manusia...
Yang lebih menarik bapak saudara kata orang Terengganu panggil dia 'JOPONG'. Dan, inilah kali pertama yang beliau dapat lihat JOPONG yang hidup. Dia pernah lihat sekali... tapi dah mati kena langgar...
Yang lebih menarik bapak saudara kata orang Terengganu panggil dia 'JOPONG'. Dan, inilah kali pertama yang beliau dapat lihat JOPONG yang hidup. Dia pernah lihat sekali... tapi dah mati kena langgar...
Wednesday, 11 December 2013
OPAH HADIRMU SATU ANUGERAH EPISOD 12 'LAWAN'
JAM 9 MALAM, 18 DISEMBER 2013, DI TV1
SINOPSIS:-
Alang Yasin berangkat ke Kuala Lumpur untuk berbincang
dengan Osman dan menantunya Ikhwan bagi mendapatkan nasihat guaman dalam
menghadapi saman produk Opah tersebut. Berita tentang saman tersebut telah
mendapat perhatian akhbar. Banyak artikel tentang produk kesihatan yang
mendatangkan kesan negatif disiarkan termasuk produk keluaran Opah. Joyah
mengapi-apikan kes tersebut apabila berjumpa dengan Jenab. Jenab tetap yakin
bahawa mereka berada di pihak yang benar dan kes tersebut akan menyebelahi
mereka.
Amirul dan Choi pula masih diganggu oleh budak-budak kampung
sebelah. Bagaimanapun mereka berjaya melepaskan diri. Bagi memperkuatkan
semangat mereka belajar silat.
Tuesday, 19 November 2013
PROJEK TERBAHARU: sebuah telefilem khas untuk Hari Pekerja
Telefilem "secawan kopi, sebungkus roti" skrip ditulis oleh FAIZAL DZASRIK penulis novel ALTER EGO.
...kisah dari sebuah kisah
Telefilem "secawan kopi, sebungkus roti" skrip ditulis oleh FAIZAL DZASRIK penulis novel ALTER EGO.
Secawan Kopi Sebungkus Roti
mengisahkan keterujaan seorang ibu muda dan seorang lelaki bergelar bapa
mithali memburu kebahagian dunia. Memburu dari awal pagi hingga lewat malam,
namun kebahagian ada harganya. Bahagia terlalu senang diungkap tetapi penuh
muslihat dan sisi gelapnya berperangkap.
Hashim inginkan kebahagian, dengan
kedudukan boleh menyediakan segala keperluan dan keselesaan kepada anak-anak
dan isterinya. Dari awal pagi hingga lewat malam. Dari satu kerja ke satu
kerja. Beliau tekun. Mengabdikan dirinya pada kerja.
Maria terdesak dalam kehidupan moden
yang memerlukan wang… bebanan bil-bil yang tertunggak mencabar kemampuannya. Mula-mula
hanya untuk membantu si suami akhirnya ketagih dalam permainan duit. Maria nampak,
kejayaan di hujung sana… beliau yakin segalanya boleh berubah dengan usaha. Bahagia akan terjelma sedikit masa lagi… dari hari ke hari Maria memburu.
Yana bahagia…bebas. Rumah tanpa orang
tua yang mengikat pergerakkannya, bebas melakukan apa sahaja. Tiada
mata-mata yang memandang apatah lagi lidah yang menegur…
Kerol juga memburu bahagia…
masa-masanya dirakam bersama adiknya Shasa meniti hari, menghayati segala
kehidupan…
Siapa sangka, bukan segala yang kita
ingini dapat… bahagia, apakah ada bahagia di dunia fana ini.
...kisah dari sebuah kisah
Thursday, 31 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)