Aktiviti Semasa

Terkini

...2015 agak lambat bergerak. Semua masih dalam perancangan.



Thursday 31 October 2013


Wednesday 30 October 2013

Muzik Latar " Hanya Satu Malam"

Telefilem saya kali ini memang dirancang untuk menjadikan muzik sebagai elemen penggerak cerita. Sebab itu muzik dijalin bermula dari RTM mempersembahkan hingga kepada hakcipta terpelihara. Dengan lain maksud dari A hingga ke Z. Saya percaya bunyi adalah jiwa kepada sesebuah karya bervisual. Visualnya adalah badan sahaja yang menonjolkan bentuk fizikal. Apa yang saya idamkan ditunaikan oleh saudara Amy dari kumpulan Ukays... Lagu-lagu Ukays yang berdesik lunak menyelinap jiwa betul-betul menyakinkan saya bahawa kali ini 'Hanya Satu Malam' betul-betul memerlukan tenaga kreatif. Dan hasilnya... melebihi apa yang saya bayangkan... terima kasih Amy Ukays.


Memang ada yang tak senang dengan bawaan saya kali ini... tapi itulah risiko yang terpaksa saya tanggung. Untuk memperkenalkan sesuatu yang lari dari kebiasaan memerlukan keberanian dan ia bukan sesuatu yang mudah. Terlalu banyak muzik akan melemaskan penonton... tapi daripada pertemuan muka ke muka majoriti mutlak yang datang menonton pratonton, menyatakan mereka suka pada perubahan dan muzik yang dibawa. Muzik olahan atau tataan Amy Ukays benar-benar memandu jiwa mereka untuk langsung bersatu dengan perasaan watak.





Tuesday 29 October 2013

Hanya Satu Malam (90 minit)

Siaran 4 Nov.2013/Isnin sempena Maal Hijrah, jam 9 malam di tv1

Hanya Satu Malam adalah telefilem yang diadun dengan elemen-elemen muzik dalam setiap pergerakkan plotnya... Ceritanya diperkukuhkan dengan kemunculan artis-artis hebat seperti Juhara Ayub. Watak seorang ibu yang sentiasa berusaha untuk mendidik anaknya dan beliau, sangat taat kepada ajaran agama. Bagaimanapun keadaan beliau yang lumpuh dan berkerusi roda menyebabkan beliau gagal dalam memberi didikan agama kepada Lyana. Pak Malik/Badrul Munir, wataknya hanya beberapa babak tetapi merupakan pemain utama yang menggerakkan cerita... Beliau adalah penterjemah kepada kejahilan yang berlaku dalam masyarakat yang diperwakilkan dalam kehidupan keluarga Borhan. Kemunculan Asyraf seperti sebuah takdir... Seorang pemuda yang hidup dalam kesepian akibat kehilangan kedua-dua orang tuanya, tanpa seorang pembimbing beliau sering tewas dalam permainan dunia. Pada mulanya beliau mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain akhirnya beliau sendiri terperangkap dan ditinggalkan kesepian. Kesepian yang beliau cuba akhiri.



Noura Zeiyra SuBerry sebagai Lyana

Hidup dalam keluarga ahli perniagaan yang berjaya. Bapa tidak pernah mengambil tahu hal kehidupan anaknya. Ibunya lumpuh, banyak bergantung kepada pengasuh. Keuzuran ibunya diambil kesempatan oleh Lyana. Lyana begitu culas dalam mempelajari ilmu agama dan sering menipu ibunya tentang solat.

Apabila ibunya meninggal dunia baharulah beliau sedar dan resah kerana tidak ada orang yang mahu menguruskan jenazah ibunya. Bapanya juga gagal, kerana tidak pernah mahu bertegur sapa dengan masyarakat sekeliling... akibat daripada itu Lyana terpaksa meminta bantuan dari kawan yang baharu beliau kenali... dan beliau terpaksa bayar dengan harga yang tinggi... tapi demi pengorbanan kepada ibunya beliau akur...

Sunday 27 October 2013

HANYA SATU MALAM

RIZAL AF5 (Rizal Ayub)


sebuah telefilem khas 4 November 2013 (Isnin) jam 9 malam TV1
HANYA SATU MALAM


Noura Ziera SuBerry sebagai Lyana

Friday 4 October 2013

Beremosi Tanpa KontroversiDrama Bersiri Opah Beri Nafas Baharu Kepada RTM

 
Kisah kekeluargaan masyarakat Melayu menerusi drama bersiri Opah menjadi fenomena sekitar tahun 1980-an 90 an bakal muncul dengan musim terbaharu yang akan mengangkat pelbagai isu kemasyarakatan dan kekeluargaan. Drama terbitan Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) memberi nafas baru kepada drama bersiri Opah dengan menampilkan pelakon – pelakon baru dengan kepelbagaian watak yang lebih moden dan segar.


Drama Bersiri Opah



Menurut penerbit selaku pengarah drama Opah, Zamani Ibrahim, drama ini disiarkan sebanyak 20 episod selama 30 minit. Tujuh puluh peratus penggambaran berlangsung di sekitar Batu Kurau, Perak dan bakinya tiga puluh peratus di Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur. Penggambaran ini mengambil masa selama 45 hari dan bakal ditayangkan mulai 28 Ogos , setiap hari Rabu jam 9.00 malam di saluran TV1.

Siri baharu drama Opah mengisahkan kehidupan anak-anak Opah Kalsom (Opah versi terdahulu) dan juga cucu-cucunya setelah 10 tahun beliau meninggal dunia. Dalam siri baharu Opah, Jenab anak sulong Opah Kalsom menjadi tunjang cerita. Jenab yang kini bergelar Opah merupakan ibu tunggal dan menetap di rumah peninggalan Opah Kalsom. Dia kini tinggal bersama, Alang Yasin yang masih belum berkahwin dan Siti anak kedua Jenab bersama dengan suaminya Azman serta kedua anak mereka Zahara dan Amirul.

Selain Siti, Jenab mempunyai tiga orang lagi anak perempuan iaitu Hawa, Zura dan Lina. Hawa tinggal di Kuala Lumpur dan mempunyai 3 orang anak iaitu Haikal, Aspa dan Asyraf. Suami Hawa, Hasrul seorang blogger. Hawa mengusahakan butik muslimah dan memasarkannya secara atas talian/online. Sambutan terhadap barangan Hawa sangat laris hinggakan beliau seringkali terlepas pandang dalam mendidik anak-anak mereka.

Zura dan Lina masih bujang. Zura bertugas sebagai doktor di hospital kerajaan manakala Lina melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah Sarjana.Seiring dengan suasana kehidupan kampung yang dibawa melalui keluarga Jenab dan Alang Yasin, drama bersiri Opah masih mengekalkan elemen sosial budaya bandar yang moden dan mencabar.


Drama Bersiri Opah
Osman ialah adik kepada Jenab dan merupakan anak kedua Opah Kalsom. Beliau dan isteri, Timah dan keluarga menjadi perwakilan sosial budaya bandar. Tinggal serumah bersama anak sulong mereka Khaty dan suaminya Ikhwan seorang peguam serta anak mereka Shasa yang berusia enam tahun. Selain Khaty, Osman mempunyai dua lagi anak iaitu Borhan dan Bob. Mereka juga masih belum berkahwin.
Saksikan drama bersiri drama Opah yang bakal ditayangkan 28 Ogos ini dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fadilah Mansor sebagai Jenab/Opah, Shaharuddin Thamby sebagai Osman, Hairie Othman sebagai Alang Yasin, Aida Khalida, Zizan Nin, Anne Ngasri, Siti Elizad dan ramai lagi.